Tuesday 28 May 2013

Surah Al-Jinn



{72}
AL-JINN (jin)  1~28.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Khabarkan lah; “diwahyukan kepada ku, bahawa se nya segolongan dari jin mendengarkan”, lalu mereka berkata; “sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang anih”.
2. Yang memimpin kejalan lurus, lalu kami beriman kepadanya, dan tidak akan kamu menyekutukan siapa pun dengan Tuhan kami.
3. Dan bahawa se nya maha tinggi  kebesaran Tuhan kita , ia tidak mempunyai isteri dan tidak anak.
4. Dan bahawa se nya jiwa yang jahat dari antara kita pernah berkata terhadap Allah, perkataan yang melewati sempadan.
5. Dan bahawa se nya kita sangka, bahawa manusia dan jin tidak katakan dusta atas nama Allah.
6. Dan bahawa se nya ada beberapa laki-laki dari manusia berlindung dengan beberapa laki-laki dari jin, maka mereka itu menambah kepada mereka ini perlewatan batas.
7. Dan bahawa se nya mereka itu menyangka sebagaimana kamu menyangka, bahawa Allah tidak akan bangkitkan siapa pun.
8. Dan bahawa se nya kami telah raba-raba langit, maka kami dapati dia dipenuhi dengan penjagaan  yang keras dan panah-panah api.
9. Dan bahawa se nya kita pernah duduk dibeberapa tempat daripada (langit) itu untuk menndengarkan, maka sekarang, barang siapa cari-cari pendengaran nescaya ia akan mendapat panah api yang bersedia.
10. Dan bahawa se nya kita tidak ketahui bahaya kah dikehendaki buat siapa –siapa yang dibumi, atau kah Tuhan mereka kehendaki buat mereka kebaikan.
11. Dan bahawa se nya sebahagian dari kita (jiwa-jiwa) yang baik, dan sebahagian dari kita (pula) tidak bagitu, adalah kita (mempunyai) beberapa jalan yang berlainan.
12. Dan bahawa se nya kami yakin bahawa kami tidak akan terluput dari Allah dibumi, dan kami tidak akan terluput daripadanya dengan lari.
13. Dan bahawa se nya tetakala kami mendengar pimpinan (Quran) itu, kami percaya kepadanya, kerana barang siapa beriman kepada nya, maka tidak (usah) ia takut kekurangan (ganjaran) dan tidak penganyayaan.
14. Dan bahawa se nya diantara kita (ada) yang muslimin, dan diantara kita (ada) yang condong dari kebenaran, oleh itu, barang siapa jadi muslimin, maka (bererti) mereka telah pilih jalan yang lurus.
15. Dan ada pun mereka yang condong dari jalan yang benar, maka adalah mereka kayu bakaran bagi jahanam !.
16. Dan bahawa kalau mereka berdiri tegap dijalan (yang lurua) nescaya kami beri minum mereka air yang merah (rezeki yang banyak).
17. Untuk kami beri percubaan kepada mereka pada (pemberian) itu, dan barang siapa berpaling dari mengingat Tuhan nya, nescaya ia masukkan dia didalam azab yang berat.
18. Dan bahawa se nya anggota-anggota sujud itu kepunyaan Allah, maka janganlah kamu seru siapa pun beserta Allah.
19. Dan bahawa se nya tetakala berdiri Abdullah beribadat kepadanya, hampir-hampir mereka itu berkerumun buat menggangu dia.
20. Katalah; “tidak lain aku seru melainkan Tuhan  ku, dan tidak aku sekutukan dengan dia siapa pun”.
21. Katalah; “sesungguhnya aku tidak  memiliki mudarat buat kamu dan tidak  manfaat”.
22. Katalah; “sesungguhnya aku tidak bisa dilepaskan oleh siapa pun dari (kehendak) Allah, dan aku tidak dapat, selain daripadanya, tempat perlindungan”.
23. “Kecuali menyampaikan dari Allah dan pengurusan-pengurusan nya, dan barang  siapa derhaka kepada Allah dan Rasul nya, maka sesungguhnya (adalah) bagi nya api jahanam didalam keadaan ia kekal padanya selamanya”.
24. Hingga apabila mereka lihat apa  yang dijanjikan kepada mereka, maka mereka akan dapat tahu siapa yang lemah pembantu (nya) dan (siapa) yang sedikit bilangan (nya).
25. Katakan lah; “aku tidak tahu apakah sudah dekat apa yang diancamkan kepada kamu atau kah Tuhan ku jadikan bagi nya satu tempoh yang panjang”.
26. “(Ialah) yang mengetahui perkara azab maka ia tidak terangkan perkara ghaib nya kepada siapa pun”.
27. “Kecuali siapa yang ia redai dari Rasul, maka sesungguhnya ia adakan didepan nya dan dibelakang nya penjagaan”.
28. “Supaya terbukti baginya, bahawa sesungguhnya mereka itu telah sampaikan pesanan-pesanan Tuhan mereka, pada hal pengetahuan nya meliputi apa-apa yang ada disisi mereka, dan ia telah hitung tiap-tiap suatu satu persatu”. 

[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]






 

Guna Produk Halal

Syabas Usahawan berjaya & thank you